Monday, March 30, 2009

kata2 pujangga

Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan

Sunday, March 29, 2009

cerita lagi...

mggu lps, ex cikgu ku dok becerita, sambil tu aku nampak mata nya bergenang..sepanjang 30+ mengajar, xpenah la beliau terasa begitu terhiris sekali.mggu lps kami dok bagi blk exam paper bebudak yg dh ditanda.nak dijadikn citer, sorang bdk ni terus mengoyakkan ketas tu didpn cikgu aku ni..sambil bangga n tertawa besar (of coz la result nya teruk). kata ckg aku, dia ibarat mengoyakkan hati beliau tapi bdk yg terlebih ajar ni gelak besa lg tanpa rs bersalah...di mana letaknya maruah guru kan... sering dipersenda.

cikgu aku ni sgt baik orgnya,susah nak dgr beliau mengeluh.semangat mengajarnya xpenah luntur walaupun akan bersara 2 thn lagi.di sbbkan keikhlasan hati beliau, anak 2nya semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tetapi beliau ttp merendah diri dan xjemu bg nasihat.beliau selalu dijadikan tmpt rujukan dan dihormati oleh kami.aku mmg tabik la,sbb aku yg br bbrapa thn mengajar ni pun xde semangat semcm tu.tp sayang nya dipersia dan dipersenda...hm....

RM....


mggu lps,pas kelua kelas 3a12 dgn penuh kebengongan,aku pun turunla ke opis tuk melepaskan penat lelah jap (sbb opis kan ada ekon).sempat la bebual dgn sorang kwn (mak yung)..eh eh mentang2 la haku dh lepas...rupanya dia hampir diragut bbrapa ari lepas.citenya lbh kuang cengginila.pas kua dari bank, dia nampak sorang mamat yg bergaye ni dok peratikan dia..yg membe ni x dela nk syak yg bkn2 ,maklumla nampak cm intelektual je orgnya.kwn aku yg sarat peknen ni bkn main rock lagi naik skuter.yg mamat tu pun naik motor dok follow dia smp la kat roundabout.makin lama mamat ni dok himpit2 moto kwn ni, maka kwn aku pun bg la laluan sbb dia ingat org tu cuba nak potong.

mamat ni cuba nak amik beg dlm bakul tp xdapat. kot dia bengang terus dia tendang moto si mak yung ni sib baek kwn aku ni dpt kawal moto.xdapek beg, dia cuba lak tarik gelang n jam tgn, smp jam tu tekelua la tp kwn aku ni geram sgt smp xnak lepaskan jam tu.kwn aku dok tendang moto dia smp tehoyong hayang moto dia.punya la dia marah...sib baik ada bas sek ngan bbrp kete dok hon2 baru la mamat td blah dgn bengangnya...

laki kwn aku dok marah la jugak bini dia psl berebut jam.dia kata bg jer la jam tu nak dibandingkan dgn nyawa dan kandungan. tapi kata kwn aku time tu dh tak ingat pape , sbb dah telampau geram dh la sekaum dah tu xde ati perot tehdp pompuan mengandung.sib baik la semuanya selamat.terel juga kwn aku ni,xdpt la nak bygkan adegan tu blaku di siang2 ari.dah bkn rejeki ngko la penyamun!!kalo nak samun pun tgk la org.seriau lak rasa nak pg bank,rs xselamat je.benda nk berlaku xkira tempat dan masa.ape2 pun sama2 la kita amik iktibar dan berhati2.duit mungkin bole dicari, tp nyawa tak dpt ditukar ganti....AWAS

Monday, March 23, 2009

budak sekolah...

Semasa kelas Geografi, Cikgu Johari menyoal muridnya, Ismaon.

Cikgu Johari: Ismaon, beritau saya dimanakah letaknya Gunung Everest?

Ismaon: Tak tau, cikgu (jawabnya tanpa teragak-agak).

Cikgu Johari: (dengan suara keras dan PAPP! ketuk rotan ke meja, berkata) Hah, tak tau?! Berdiri atas kerusi !!

Ismaon pun berdiri atas kerusi, kemudian perhai sekeliling. Tiba-tiba dia berkata "Masih tak nampaklah cikgu!"
Dua saat kemudian terdengarlah bunyi PAP! PAP! PAP! dan Ismaon pun meraung kesakitan!.

pinjam duit...

Melihat kawannya, Jojo sejak tadi asyik termenung, Din pun mendekatinya.

Din: Apa hal ni, macam ada masalah aja.

Jojo: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.

Din: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?

Jojo: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,

Din: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?

Jojo: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).

Sunday, March 22, 2009

Senario Perkahwinan

Shopping

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa la shopping, buat habis duit jer.."

***

Makan

Awal Perkahwinan

Isteri :
"Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami :
"OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri :
"Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami :
"Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan

Isteri :
"Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami :
"Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

***

Anak

Awal Perkahwinan

Isteri :
"Ayang mengandung."
Suami :
"Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri :
"Abang tolong buat susu anak.."
Suami :
"Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan

Isteri :
"Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami :
"Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

***

Kerja Rumah

Awal Perkahwinan

Isteri :
"Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami :
"OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri :
"Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami :
"Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan

Isteri :
"Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami :
"Awak tak boleh buat keee.."

***

Hadiah

Awal Perkahwinan

Isteri :
"Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami :
"Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri :
"Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami :
"Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan

Isteri :
"Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami :
"Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."

***

Masak

Awal Perkahwinan

Isteri :
"Ayang tak pandai masak.."
Suami :
"takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri :
"Ayang tak pandai masak.."
Suami :
"masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan

Isteri :
"Ayang tak pandai masak.."
Suami :
"awak ni memang pemalas.."

Saturday, March 21, 2009

ngeri......

PERINGATAN : TIDAK SESUAI DILIHAT OLEH KANAK2, IBU MENGANDUNG DAN PESAKIT KRONIK


Foto ini dikirimkan oleh anak muridku, seorang pelajar kejururawatan.semasa menyiapkan post ini, aku pun cuba mengelak dari memandangnya secara langsung...ready..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










ada makna ka?

si a : semangatnya ngko!
makcik b : kembang tul ye nor sekarang (grrrr...sib baek mok cik mok cik )
si b : kalu jumpe ko tgh jalan, mesti aku xperasan (ayat makan dalam,haha..)
si c : makin 'comel' ngko skrg eh (lenkali gunala ayat yg lembut cmni,sejuk ati akak...)
bdk sek(yg dh lm xjupe) : sihaat yerrrr ckg skrg ....(pjg munyiknya)

ini antara dialog yg aku ingatla, yg xhengat xtawww..

apakah maksud2 mendalam ayat di atas???





jeng jeng jeng




OOOOOO TIDAK......
.
.
.
.
.
.
.
.
adakah gurauan somiku satu ketika dolu hampir mjadi nyata??? haha..

aku ingat lg dolu2 kwn aku kata pas besalin ank petama nanti gerenti ko kurus.FAILED!pastu lak depa kt jgn risau anak msk no 2 nanti mesti penat leh kuwoss...aku dok tggula jugak ni.harus kah aku menambahkan bil ke 3 sekaligus memberikan rayyan kawan (dulu nak bg pia kwn jugak) baru i akan menjadi slim??rai, tulunnnn...tapi aku suka sgt makan. i lovvvvveeee food...cmne ni ayah pia...muehehe....sendiri mau ingat la..
p/s : aku taw mesti apak si pia tgh menyengih perli kat haku neh..

yang sesuai dan tak sesuai

yang sesuai.....


yang tidak sesuai (ala2 haku la nih,tapi idok la sanggup aku pakai cmni ;p) tutop mata seh...

Friday, March 20, 2009

layan puisi

YANG PASTI

yang pasti,
bila hati berbunga,
kasih mula bertahta,
melingkari hati,
kuntum kuntum senyum,
mula berseri kini.

yang pasti,
hari hari yang dilalui,
terasa pantas pergi,
inilah realiti
bila bahagia meniti.

yang pasti,
hidup satu perjuangan,
kasih bukan cagaran,
sengketa hanya ujian,
cinta adalah kepastian...


p/s : yang pasti bukan aku yg cipta puisi ni.saja cm berkenan jer ayat dia.mengalahkan org bercinta jer hahaha...gatei

hampeh lagi...

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuaah.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole
ker???

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

hampeh haha......

Thursday, March 19, 2009

ari ni aku peksa PTK.ntah kali yg ke berapa aku pun xingat.spt biasa dtg dgn kapla kosong (semestinya pewot xkosong) . bkn tidak tau manfaatnya jika lulus cemerlang dalam exam ni( gaji naik hampir RM200++) tapi mmg aku malas betul ditambah lg dgn' kekaratan' otakku (betul ke ayat?) pia pun mesti sama2 study kalo aku study kan kan...(alasan..wat dosa kering jer kat bdk tu) hm..bosan.kalo dapat duduk 15 minit dan blah kan best masalahnya xboleh...cmtu la perasaan bdk kan masa peksa ;p

Sunday, March 15, 2009

besar tapak tgn

comelnya...berapala usia baby ni kan?

berkongsi baca...

Isu Khas

Sukarkah membina persefahaman suami isteri?

Membina dan mengekalkan sebuah perkahwinan bahagia memerlukan waktu dan hendaklah disusuli dengan usaha. Dalam melayari kehidupan rumah tangga , kita tidak boleh mengelak daripada berhadapan dengan bebanan kerja, kerenah anak-anak dan rutin harian.

Tanpa sedar, keadan itu membuat kan pasangan suami isteri terleka untuk memelihara perhubungan agar terus kukuh. Paling perlu dipertahankan agar ikatan perkahwinan berlanjutan hingga ke akhir hayat ialah sebuah persefahaman.

Tanpanya tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan setiap insan. Biarpun berjuta halangan, onak dan duri yang merentangi namun kasih sayang dua insan, pasti menemui penghujung yang penuh kemanisan.


Kurang komunikasi
- Ida Rafidah El-Emin

Antara salah satu faktor berlakunya ketidaksefahaman dalam rumah tangga ialah kurang komunikasi di antara suami isteri. Menurut Ida, komunikasi amat penting dalam membentuk rumah tangga, namun ramai di antara pasangan yang mengabaikannya sehingga menimbulkan suasana yang tidak sihat dalam hubungan suami isteri.

“Jika di awal perkahwinan, pelbagai perkara yang mahu dikongsi dan dijalani bersama pasangan. Berdua menghabiskan masa gembira dan duka bersama. Namun setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada yang beranggapan telah mengetahui segalanya tentang pasangan. Akibatnya, masing-masing membawa diri dan melakukan aktiviti secara bersendirian tanpa berlakunya komunikasi dan seterusnya menyebabkan perhubungan rumah tangga menjadi hambar. “Bagi saya, kecantikan boleh pudar, kesihatan tubuh akan semakin lemah. Namun begitu, saya percaya dengan komunikasi yang baik dan berkesan, segala ketidaksefahaman yang berlaku di antara suami isteri akan dapat diatasi segera.



Tidak hormat perbezaan
- Noor Hamidah Ramli

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya ketidaksefahaman dalam rumah tangga. Noor Hamidah Ramli pula berpendapat dua punca utama yang menyebabkan ketidaksefahaman berlaku kepada pasangan iaitu tidak menghormati perbezaan dalam diri pasangan dan tidak memahami peranan pasangan.

“Setiap individu dilahirkan dengan latar belakang keluarga yang berbeza. Perbezaan ini boleh mengakibatkan konflik kerana pasangan pasti mempunyai pendapat yang berbeza, begitu juga dengan gaya hidup. Tidak mustahil jika terdapat salah seorang atau keduanya meneruskan tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam rumah tangga.

“Ini juga berlaku apabila terdapat pihak yang berpendapat setiap pasangan mempunyai minat, sikap dan pemikiran yang serupa hingga ada yang terlalu ingin berkuasa kepada pasangan. Sepatutnya suami atau isteri patut memberi ruang yang sedikit berbeza dan kerana kealpaan inilah menjadikan ia sebagai sumber perselisihan faham.

“Isteri dan suami harus mengambil langkah dengan menilai diri dan mengenal pasti sikap masing-masing. Dengan mengetahui setiap perbezaan dalam diri pasangan, setiap pihak akan berusaha untuk memahami pasangan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan perbalahan dan ketidaksefahaman.

“Ini dapat dilihat melalui suami yang tidak menyukai tindakan isteri yang bergiat aktif dalam menjalankan perniagaan jualan langsung, sedangkan isteri berhasrat untuk menambah pendapatan keluarga melalui cara ini. Suami menunjukkan reaksi negatif seperti bermasam muka dan marah akan menyebabkan isteri berasa kecewa dan tertekan. Tidak ada salahnya jika suami benar-benar mengambil langkah memahami isteri yang mempunyai minat berniaga dan memandangkan dari sudut positif.

“Begitu juga dengan sikap isteri yang ringan tulang, berbeza suami yang hanya mengambil ringan hingga kadang kala langsung tidak mengambil peduli mengenai kebersihan. Mungkin ada yang beranggapan ia sebagai satu perkara remeh, namun isu kecil inilah menyumbang kepada pergaduhan besar. Jika suami cuba mengambil inisiatif dengan membantu isteri membuat kerja rumah atau jika enggan membantu, tidak salah kiranya anda meringankan beban tugas isteri dengan tidak menyelerakkan rumah.

“Sikap faham memahami dan saling bertolakansur amat penting dalam sebuah ikatan suami isteri. Tanpa ciri penting ini, sudah pasti ikatan perkahwinan akan mudah goyah kerana hubungan dibelenggu kemarahan dan rasa tidak puas hati.



Kawal sikap ego
- Rosnizan Mat Jusoh

“Membina persefahaman antara suami dan isteri memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. Sama ada lelaki mahupun wanita, masingmasing mempunyai sifat ego dalam diri. Sifat ego itu andai dibiarkan dan tidak dikawal, maka sukar bagi kedua-dua pasangan untuk berkompromi. Ketika bercinta, mungkin kedua-dua pasangan mempunyai pemikiran yang sama. Mereka samasama membina impian rumah tangga untuk berjaya dan melahirkan anak-anak yang gemilang.

“Walau bagaimanapun, ketika di pertengahan usia perkahwinan pasangan mula mencari dan belajar memahami pasangannya. Mungkin juga dalam keadaan mereka membina impian, salah seorang daripadanya tercicir dan berada jauh terkebelakang. Mungkin juga, sama ada suami atau isteri yang berubah taraf pemikirannya sama ada dari segi sosial, kedudukan kewangan mahupun pendidikan menjadi ego dengan kelebihan yang mereka miliki.

“Maka sebab itulah, disarankan agar pasangan suami isteri belajar untuk memahami keperluan dan kehendak pasangan. Janganlah disebabkan kejayaan yang dikecap oleh suami atau isteri menyebabkan mereka merasa diri semakin hebat dan boleh membuat keputusan veto. Ada kalanya pandangan pasangan anda juga bermakna dan boleh diguna pakai dengan sebaik-baiknya,

“Seorang isteri pula perlu belajar untuk mengambil hati pasangan. Jangan mengambil kesempatan dengan kelebihan yang dimiliki oleh pasangannya. Katakan suaminya berjaya dan cemerlang dalam soal kedudukan kewangannya. Maka dia boleh menggaji sebanyak mana orang untuk membantu isterinya. Sebagai isteri, jangan ambil kesempatan dengan menyerahkan setiap tugasan kepada pembantu rumah termasuklah soal menyediakan makan minum suami.

Hal-hal begini kadangkala dianggap remeh tetapi suami tetap memerlukan sentuhan isteri untuk membina kasih terhadap pasangannya.

rayyan dapat adik???

pagi ni aku terbangun terkejut sbb mimpi.mimpi ape kah itu??? ingat tak entry lps psl baby kembar 6 tu.aku mimpi tetiba je dpt baby boy lagi walhal rayyan baru 3 bln.punya la aku gabra sbb masa nk menyusukan baby tu la si bdk rayyan pun menangis,xcukup tngn aku nak menguruskan.pun dlm pantang siap berlari2 lg kejar ape tah. sedih sbb belum puas bermanja dengan rayyan.tu la..wat lagi entry pelik2 hahaa...sudahnya subuh gajah la aku. sib baik mimpi fuh........ ada petanda ker??haha melampau

Saturday, March 14, 2009

kekurangen asam

situasi 1


cikgu k : siapa nama cikgu bahasa inggeris awk?
budak : ala lupa la cikgu, yg pendek2 jalan cam doraemon tu.cikgu math yg muka berpeluh2
tu.oo..cikgu yg pakai blusher tebal cam org 'perak' tu yer
pelajar : cikgu beli baju ni kat mydin kan?harga Rm bla bla...
cikgu k : ????? @&%&*&^%@ (entry maki )

situasi 2

Cikgu U : masuk kan baju awk ke dalam seluar
budak : yela..yela..(sambil blah mcm tu jer)
cikgu U : sekarang!! sape ajar awk pakai mcm ni?
budak : lu la (kurang aja tak??)
cikgu U : bapak lu la yg tak ajar !!(cikgu ni dah geram tahap gaban, agaknya kalu aku mau
meraung haha....)

situasi 3

sorang budak pompuan ni ditemani dgn bbrp rakannya dtg nak amik result spm.dah la dtg time pejabat nak rehat, dgn ckg2 sdg buat analisis & yg paling xtahan tu dtg mcm xpakai bj (xcukup kain gamaknya)

budak : sy mau angkat itu result
cikgu K (bkn datuk k) : awk blk tukar baju dulu then dtg blk ok
budak : soh*iii la


situasi 4
cikgu f : tolong senyap,sekarang kan masa exam (dah sound bepuluh kali)
dek kerana budak ni xphm bahasa n nampak mencabar cikgu tersebut...maka ckg ni pun berjalanla kearahnya

budak : apa hal
ckg f : kan saya dah minta awk diam tadi
budak : u la diam.skrg sape yg bcakap?
(xterasa nak lempang kerrr?)


ini adalah beberapa cebisan kisah dari 1001 cerita yg berlaku disekolahku, malah aku yakin berlaku dimana2 sekolah. siapa yg patut dipersalahkan?? guru ? ibu bapa ? atau pelajar itu sendiri?mau tegur lebih dah xboleh apatah lagi dipukul... lu pikirla sendiri!!!!


Wednesday, March 11, 2009

ayo..





hepi n cekal nampak ibu kpd 8 org anak ni.patut la nmpk awet muda jer.solid molid lak tuh.mcm dia yg beranak 2, aku yg beranak 8.dia dpt anak kembo 6 slps kembo 2.fuh..xdapek la nk dibayangkan cmne ms mengandungkan baby2 tu. tu belum masuk bab menjaga depa lg.aku yg br anak 2 org ni pun temengah2 nk menguruskannya..(temengah tu psl lebih lemak tu) naik tangga sekolah pun dh tmengah2 n bepeluh2 je hehe..kalo dia buleh buat ape pulak aku xbleh....opps...bkn psl nk lwn dia banak, maksudnya aku yg lembap ni harusla menjd lebih cekap menguruskan umahtangga.bab banak lagi tu, mmg nak tp tunggu la dulu..wakakaka..........

Bagus baca Utk rileks Jap beb

Cerita 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.


Cerita 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau
dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke
seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training
habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang
dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi.
Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata," Ala ... releks le, aku
ni kan anjing laut."

Cerita 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi
surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa
bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Cerita 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.


Cerita 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang
berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu
terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak
polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter
tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas
Helikopter tu...."


Cerita 6

ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala...

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.....






IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI
, CELEBRITY or keatas........






IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan......
INI BINI ORANG.......







IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......







IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........








IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.....
INI BINI SENDIRI....

Tuesday, March 10, 2009



thn ni aku rasa kehilangan anak2 murid tersayang yg dh abis spm thn lps.bkn senang nk dpt murid yg hormat kita n pandai.ada thn2 dia.cam thn 2005 aku miss sgt geng2 syed yg selalu mengkondem cikgu dia yg sorang ni.agak nya dia sian nengok aku (yg masa ketika itu anak dares u, tp gaya nya cm mak dara anak 2.asik mengomen beg aku yg x bertukar la, tudung yg xvouge la, brooch yg xsepadanla, kasut la beg la..bla..bla...tapi telatah2 diorgla yg menghiburkan,leh dijadikan kawan.yela asalkan tau time blaja n main. nak djadikan citer,lps depa abis blaja aku xjupe2 diorg tup2 jupe syed dlm masjidil haram..syukur..seronok sgt

kita pun penah rasa zaman blaja dulu, xsuka kalo ckg yg garang2 takut beb.tu la kalo bleh nak diorg blaja smbl enjoy,xdela tensen sgt.mmg rasa sunyi la bila diorg abis spm.yg dlm gambar ni prabu n the geng.depa sgt rajin menolong ckg2 n juga sgt busybody orangnya,mulut cm org tua jer haha..

cuti bederet smp isnin digunakan oleh kami sekuaga tuk blk ke muo.xdapatla aku g makan sik kenduri ada 2 buah umah.ish..dah lama rasanya xmkn sik beriani/ tomato/ minyak/ jagung perghh...kena plak dgn ayam masak merah, rendang daging,dgn acar2nya, mau nya makan xtoleh ki kanan haku...(juling mata en zul nengokkan bini dia yg xsedo2 diri nih)

balik dari muo singgah ke umah mak sedara ku di masjid tanah..rasa ada yg kurang jika dh lama xmenziarahinya.maklumla aku mmg agak rapat dgn beliau sejak dari kecil lagi tmbhan pula anak2nya agak sebaya dgn ku.entah mengapa kali ini sayu jer ati melihatkan kampung ku itu.mengenangkan kembali kehijauan sawah padi yg kini dibangunkan umah di kiri kanan,kemeriahan bersama sepupu2 yg kini agak terpisah dek kesibukan bersama keluarga masing2.ah..rindunya aku mengenangkan saat2 yg lalu.. kini hanya tinggal memori indah yg xluput diingatan.

keadaan sekeliling umah di kampungku juga terasa sunyi.dgn pemergian mereka yg menemui pencipta..dan ditambahkan lagi dgn warga muda yg berhijrah ke kota.aku bertuah kerana dimasa kecil ku sempatla merasai suasana kampung yg kini kian tehakis.kata somiku, sian dgn pia dan rayyan sebab dah xde peluang merasainya..nasib badan...

Saturday, March 7, 2009

Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"

Sosej & Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Renungkanlah....

Menemui Allayaramah adinda Nurin Jazlin yang kini berada di alam barzah, semoga berada di dalam keadaan yang sihat ceria dan senantiasa di bawah kasih-sayang Ilahi.

Tujuan abang menghantar warkah ini kepada adik adalah sekadar untuk bertanya khabar dan mengimbau kenangan sepanjang adik meninggalkan abang dan rakyat Malaysia. Hari ini, hampir 555 hari adik meninggalkan abang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Namun, tahukah adik bahawa sepanjang tempoh itu pihak polis masih tidak dapat mencari siapa pembunuh adik. Licik sungguh pembunuh sadis itu sehingga polis-polis Malaysia yang terkenal kerana kecekapannya menangani kes-kes yang berprofil tinggi dipermain-mainkan begitu sahaja.

Namun, adik jangan sesekali menyalahkan pihak polis di atas kegagalan ini. Pihak polis tidak bersalah. Mereka ada banyak kerja. Terlalu banyak dik. Untuk pengetahuan adik, semasa pilihanraya P36 Kuala Terengganu baru-baru ini hampir 6000 orang polis dikerahkan semata-mata untuk mengawal keadaan di sana. Itu angka yang rasmi. Yang tidak rasmi dengarnya melebihi 10000. Sebab itulah mereka tidak dapat fokus untuk kes adik. Lagipun mereka dibayar gaji oleh kerajaan. Bukan adik yang membayar gaji mereka. Sebab itulah mereka perlu berkhidmat untuk kerajaan.

Nanti akan ada pilihanraya kecil lagi selepas ini. Pihak polis akan menjadi sangat sibuk sampai hendak makan pun tidak sempat. Pihak polis juga perlu sentiasa memantau dan mengepung ceramah pembangkang dik. Yalah, pembangkang kan jahat. Suka merusuh. Husam pun kuat merusuh. Sebab itulah ramai polis mengepung dia semasa dia ceramah baru-baru ni. Teruk betul pembangkang ni kan dik.

Pemuda yang kena tembak dari jarak dekat oleh polis di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dulu pun jahat dik. Adik nak tahu apa kesalahan dia? Dia takbir kuat sangat masa dengar ceramah. Mana boleh takbir kuat-kuat. Mengganggu ketenteraman awam. Sebab tu polis tembak dengan peluru hidup sampai tembus ke paru-paru dia dik. Sepatutnya pemuda tersebut kena julang ‘keris telanjang’ dan jerit ‘Hidup Melayu’ macam dalam Perhimpunan Agung Perasuah. Barulah membawa keharmonian antara kaum di negara kita dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Polis pun senang hati. Pembangkang ni ada-ada saja. Tak habis-habis.

Adik pernah jumpa tak kawan adik kat sana yang bernama adik Haserawati Saridi. Dulu dia berusia 9 tahun. Dia murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tobobon. Adik tau tak Haserawati ditemui mati di kawasan semak semasa nak pergi ke sekolah dia di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu. Polis kata dia dibunuh dan dirogol juga. Kesian dia dik. Pernah tak adik jumpa dia?

Seorang lagi nama Siti Nurliyana Shamimi Rosdi. Adik pernah jumpa dia? Siti Nurliyana baru berusia 2 tahun dik. Dia telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 6 November 2002 dan telah dijumpai dalam keadaan bogel jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Kalau adik nak tahu terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Dahsyat betul kan penjahat tu. Tapi abang tak pasti jika pihak polis dah jumpa dan tangkap penjenayah tu. =(

Adik sempat kenal tak dengan adik Nurul Huda Abd Ghani.. Dia murid tahun 4. Dia pun menjadi mangsa kerakusan manusia. Kalau adik nak tahu, Adik Huda dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004. Kisah ini begitu menyentap sanubari penduduk Malaysia sehingga semua orang bising. Kemudian, lama-kelamaan semua senyap kembali seperti sedia kala.

Sebenarnya dik banyak lagi kes kanak-kanak hilang dan menjadi mangsa keganasan manusia yang berhati binatang. Adik Sharlinie, adik Asmawi, dan banyak lagi kanak-kanak yang hilang belum dijumpai. Abang terfikir dalam kes kanak-kanak ni kan, sebenarnya yang bersalah adalah adik dan rakan-rakan adik tu.

Kenapa? Kerana adik dan rakan-rakan adik yang menjadi mangsa bukan dari kalangan anak-anak pak menteri, dato’, datuk, tan sri, tun dan banyak lagi pembesar. Sekadar anak orang biasa, marhaen kata orang. Buang karan sahaja dik. Jika adik dan rakan-rakan adalah anak-anak pembesar negara, pasti bergegas dan bertungkus-lumus pihak polis itu.
Adik nak tahu tak masa kes adik tengah hangat dulu, Kementerian Wanita dan Keluarga cadang supaya gubal akta untuk mendakwa ibu-bapa yang dikatakan cuai sehingga anak mereka diculik dan hilang. Ketua bapak polisi negara pula kata undang-undang itu telah lama wujud. Cuma tidak dipraktikkan. Ketua bapak polisi pernah berkata “jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak”.

Senang kan menjadi pembesar. Hari-hari duduk mengangkang dalam bilik selesa dan berhawa dingin, gaji + elaun yang halal sahaja sudah menjangkau berpuluh-puluh ribu, menikmati segala kemudahan, tetapi apabila timbul permasalahan, dengan senang hati mereka memberikan cadangan sekadar untuk melepaskan diri. Semua mahu cuci tangan.

Adik tahu tak sekarang barang-barang keperluan semakin mahal. Semuanya disebabkan harga minyak naik menggila dulu. Yang naikkan harga minyak tu orang gila juga. Sekarang, apabila harga minyak turun, harga barang-barang tidak turun. Kekal mahal macam biasa. Ibu-bapa yang mempunyai banyak tanggungan terpaksa bekerja lebih masa dik. Ada yang terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa. Jika tidak macam mana mereka mahu menyara anak-anak mereka. Ini juga menyebabkan ibu-bapa tidak sempat untuk memantau anak-anak. Institusi keluarga semakin terabai.

Jadi, adik rasa siapa yang bersalah? Oh, yang terbaru rakyat Malaysia dapat hadiah lagi. Barangkali hadiah kerana Perak berjaya ’ditawan’. Hadiahnya tol naik 33%. Pembesar yang sedap mengangkang dalam bilik berhawa dingin tadi pasti akan berkata ”kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil”. Adik rasa harga barang akan naik tak dengan kenaikan harga tol ni. Entahlah, adik fikirlah sendiri ye.

Adik tahu apa itu PLKN? Program Laknat Kacau Negara? Eh, bukan. Adik silap tu. PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. Sudah ramai generasi muda daripada rakyat marhaen Malaysia meninggal dunia semasa mengikuti program tu. Yang perempuan ada dirogol. Cuba adik sebut nama-nama anak pembesar negara yang pernah diwajibkan ikut PLKN. Abang pun kurang ingatan di situ. Mungkin kerana abang dah tua. Lagi satu jika adik adalah artis di Malaysia, adik boleh tangguh pergi PLKN tau. Lebih-lebih lagi jika yang jelita dan seksi. Mungkin kerana terikat dengan penggambaran dan persembahan, maka kerajaan beri kelonggaran kepada mereka. Baik betul kerajaan kerana tidak mahu mengganggu periuk nasi rakyat mereka.

Tapi jika adik adalah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, adik tidak boleh tangguh. Sebab apa? Sebab Ahmad Hafizal orang miskin. Dia tidak popular. Kerja pun tidak glamor. Sekadar bertani dan bersawah di bendang untuk membantu ibunya yang bekerja sebagai pembantu tadika dan adik-adiknya yang masih kecil di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis. Ayah dan ibunya dah bercerai. Jadi, dialah yang perlu membantu ibu dan adik-adiknya.

Dia didapati bersalah dan diberikan pilihan samada membayar denda RM600 atau masuk penjara 14 hari. Tapi Ahmad Hafizal pilih 14 hari penjara. Dia pilih penjara bukan kerana di penjara ada Mc Donald dik. Bukan begitu. Ahmad Hafizal pilih penjara kerana dia tidak mampu membayar denda tersebut. Bagaimana Ahmad Hafizal nak bayar denda tersebut, untuk tambang ke mahkamah pun dia tepaksa pinjam duit orang. Ahmad Hafizal hadir ke mahkamah pun tanpa diwakili peguam bela. Siapa nak bela orang miskin yang tiada duit. Menghabiskan beras sahaja dik.

Begitulah nasib marhaen di Malaysia. Sebab itu ramai yang nak jadi artis. Boleh jadi kaya. Ada yang masuk Gangstarz, Akademi Fantasia, Once In Million, Audition, My Starz LG, dan banyakkkkkk lagi. Jalan pintas syurga dunia.

Rasanya sudah terlalu panjang abang mencoretkan tinta buat adik. Abang rasa cukuplah setakat ini dulu. Jika ada masa lapang nanti abang akan bercerita lagi dengan adik. Abang doakan adik berbahagia ’di sana’, insyallah.

Oh, ya. Terlupa pula abang.. Adik ada blog juga tau. Tidak silap abang bapa saudara adik yang buat. Sebagai tanda peringatan, ingatan untuk adik dan juga tanda kegagalan pihak berwajib menangani kes adik Blog adik nurinjazlin.blogspot.com . Abang juga akan letakkan gambar adik pada blog abang mulai hari ini.


Sekian, terima kasih.


Ikhlas dariku,


Abang Samudera Tinta


P/s: Bersama-sama kita berdoa dan membaca surah Al-Fatihah buat Adik Nurin, Adik Huda, Adik Nurliyana dan ramai lagi mangsa keganasan kanak-kanak yang masih tidak terbela. Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Al-Fatihah.

Catatan ini dicilok dari sini

Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. CEHH!!!

Thursday, March 5, 2009

Sentuhan Memberi Kebahagiaan



Sebaik pulang daripada bekerja, peluklah pasangan dengan penuh perasaan kasih sayang. Menurut Dr. Goulston, kulit kita mempunyai 3 memori tentang sentuhan iaitu sentuhan baik (cinta), sentuhan buruk dan tanpa sentuhan. Di saat, anda dan pasangan saling berpelukan, ia dapat memelihara ingatan dan memberikan kehangatan. Malahan, setiap pasangan yang bahagia perlu menunjukkan sentuhan kasih sayang seperti berpegangan tangan, merangkul pasangan dan pelukan mesra. Ini sebagai tanda untuk mengatakan bahawa anda dan pasangan saling memiliki dan pasangan akan rasa dihargai....

permainan komputer atau games "Tendang Norman Hakim" !.

Bagi yang biasa dengan penyedia permainan games pictogame, games ini adalah customize games yang mana pictogame menyediakan kita untuk customize games yang diinginkan. Anda cuma perlu upload gambar wajah seseorang (sudah pasti wajah seseorang yang anda benci) , kemudian games itu sudah siap untuk dimainkan.

dipetik dari jomm layansss....hehe...macam macam hal da.........

Wednesday, March 4, 2009

bertemu dan berpisah...

akhirnya tanggal 2 mac, pengetua aku pn wan sabrina wan musa (baju pink) menjalankan tugas terakhirnya di sek krn ditugaskan di smk seri selayang.aku tau ramai warga sek yg mendoakannya sblm ini dan ia sudah menjadi kenyataan.Tapi adat manusia bila didepan mata tidak diendah,bila tiada barula dihargai.tak dpt dinafikan beliau mmg agak tegas orgnya tetapi kalu difikir2 kan kita juga akan besikap begitu jika berada ditempatnya.kenala profesional, time keje kenala keje ye tak..jasa beliau pada sek teramatla banyak...nama sek harum dlm bidang sukan,fizikal sek yg ketara berubah dan pembinaan surau yg terbengkalai sblm ini telah selesai dibina atas usaha beliau.masih terbayang akan gerak gerinya, terngiang2 akan suaranya..kami sedar dgn ketegasan beliau la yg mengajar kami menjadi lebih berdisiplin dan bersatu padu. ramai yg menangisi akan perpisahan ini...tetapi kami redha.sambutan hari perpisahan oleh guru2 senior amat meninggal kan kesan dhati kami.semoga beliau sukses dimana saja berada...jasamu dikenang..

Sunday, March 1, 2009

ke'blur'an

gambo di atas xde kena mengena dgn aku hokay.aku masih waras bahawasanya lepas campur tolak air, angin, aku mengembang hampir 4x ganda dari akak ini.ha...pandai pun..aku keje ngajo mcm cik kak kat atas ni.dah hampir 3 mggu aku memulakan tugasku ini setelah hampir 3 bln bercuti (cuti sek + cuti banak) mau nya xmengong kapla aku ni..ari petama la yg plg blur aku rasa,nak menulis pun rs canggung gitu,rs hodoh betul tulisan aku (padahal selama ni xhodoh ker??) boleh aku duduk kat tmpt aku pastu bukak 4-5 buku, kepala cm nk migrain jer sbb xtau nak mulakan yg mana.gelak akak yg merangkap ex cikguku yg dok tgk aku time tu,sib baik dia bagi kata semangat.aku mmg respek abis dgn dia psl dgn saiz bdnnya yg kecik itu yg punya 8 org anak bederet,xpunya maid perghhh...rajin plak tu kat sek cm lipas kudung wat keje cm dia yg beranak 2 aku yg muncit ni cm mak org anak 8 hehe tau xpe.cuma taun lps dia terpaksa amik cuti tanpa gaji sethn selepas bersalin anak ke 8.harus gitu....

psl produk sekolah taun ni agak dasat skit.taun2 sblm ni aku masih boleh tahan dgn pelbagai kerenah bdk2 (budak ke?bdk bangka la kot) tapi taun ni bdk2 ting 3 punyala agresif, terkurang asam dan sebagainya bla..bla..bla...mmg thn lps penyelia petang dah warning yg bdk form 2 ketika ini form 3 la teramatla comel kelakuannya. kdg2 rasa keje kat taska jer,tp bezanya bdk2 kat taska mmgla comel tapi yg ini... smp ada mak apak paksa p sek psl xthn dok nengok pangai anak dia kat umah,xblaja n peksa SPM pun xpe janji ada cikgu nak jaga kat sek (kes taun lps bdk xmau blaja).ha..kan betul aku dok habaq sek cm taska. smp la satu ari tu aku ada ms dlm sejam leb dgn bdk2 ting 3A12 (semua 13 kelas).sblm melangkah ke kelas dgn begitu longlai sekali pala aku dok pikir cmne nak handle kelas tu. masa bdk2 tu dok baca doa aku pun bdoa d dlm ati memohon spy diorg jgn terlalu agresif.sambil tu aku dok menyembur ptui..ptui...tapi aku nampak la keberkesanannya, walaupun xmau belaja,asalkan dia dapat duduk pun dah dikira bersyukur rahmat..(agaknya kena semburan kot)xtau la aku cmne nak gambar kan kecomelan pangai depa. tp yg pasti lps kuar dari kelas depa,kami akan kehilangan banyak tenaga ehe..
selagi aku berada dalam institusi perguruan ini harus la aku banyak2 bersabar.sudah la tindakan kami banyak hadnya,tgk la bdk2 generasi skrg....thn demi thn pengalaman akan mengajar kita spy xterlalu mengambil hati dgn gelagat diorg spy kita xstress.alah bisa tegal biasa....