Sebaik pulang daripada bekerja, peluklah pasangan dengan penuh perasaan kasih sayang. Menurut Dr. Goulston, kulit kita mempunyai 3 memori tentang sentuhan iaitu sentuhan baik (cinta), sentuhan buruk dan tanpa sentuhan. Di saat, anda dan pasangan saling berpelukan, ia dapat memelihara ingatan dan memberikan kehangatan. Malahan, setiap pasangan yang bahagia perlu menunjukkan sentuhan kasih sayang seperti berpegangan tangan, merangkul pasangan dan pelukan mesra. Ini sebagai tanda untuk mengatakan bahawa anda dan pasangan saling memiliki dan pasangan akan rasa dihargai....
|