Isu Khas
Sukarkah membina persefahaman suami isteri?
Membina dan mengekalkan sebuah perkahwinan bahagia memerlukan waktu dan hendaklah disusuli dengan usaha. Dalam melayari kehidupan rumah tangga , kita tidak boleh mengelak daripada berhadapan dengan bebanan kerja, kerenah anak-anak dan rutin harian.
Tanpa sedar, keadan itu membuat kan pasangan suami isteri terleka untuk memelihara perhubungan agar terus kukuh. Paling perlu dipertahankan agar ikatan perkahwinan berlanjutan hingga ke akhir hayat ialah sebuah persefahaman.
Tanpanya tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan setiap insan. Biarpun berjuta halangan, onak dan duri yang merentangi namun kasih sayang dua insan, pasti menemui penghujung yang penuh kemanisan.
Kurang komunikasi
- Ida Rafidah El-Emin
Antara salah satu faktor berlakunya ketidaksefahaman dalam rumah tangga ialah kurang komunikasi di antara suami isteri. Menurut Ida, komunikasi amat penting dalam membentuk rumah tangga, namun ramai di antara pasangan yang mengabaikannya sehingga menimbulkan suasana yang tidak sihat dalam hubungan suami isteri.
“Jika di awal perkahwinan, pelbagai perkara yang mahu dikongsi dan dijalani bersama pasangan. Berdua menghabiskan masa gembira dan duka bersama. Namun setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada yang beranggapan telah mengetahui segalanya tentang pasangan. Akibatnya, masing-masing membawa diri dan melakukan aktiviti secara bersendirian tanpa berlakunya komunikasi dan seterusnya menyebabkan perhubungan rumah tangga menjadi hambar. “Bagi saya, kecantikan boleh pudar, kesihatan tubuh akan semakin lemah. Namun begitu, saya percaya dengan komunikasi yang baik dan berkesan, segala ketidaksefahaman yang berlaku di antara suami isteri akan dapat diatasi segera.
Tidak hormat perbezaan
- Noor Hamidah Ramli
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya ketidaksefahaman dalam rumah tangga. Noor Hamidah Ramli pula berpendapat dua punca utama yang menyebabkan ketidaksefahaman berlaku kepada pasangan iaitu tidak menghormati perbezaan dalam diri pasangan dan tidak memahami peranan pasangan.
“Setiap individu dilahirkan dengan latar belakang keluarga yang berbeza. Perbezaan ini boleh mengakibatkan konflik kerana pasangan pasti mempunyai pendapat yang berbeza, begitu juga dengan gaya hidup. Tidak mustahil jika terdapat salah seorang atau keduanya meneruskan tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam rumah tangga.
“Ini juga berlaku apabila terdapat pihak yang berpendapat setiap pasangan mempunyai minat, sikap dan pemikiran yang serupa hingga ada yang terlalu ingin berkuasa kepada pasangan. Sepatutnya suami atau isteri patut memberi ruang yang sedikit berbeza dan kerana kealpaan inilah menjadikan ia sebagai sumber perselisihan faham.
“Isteri dan suami harus mengambil langkah dengan menilai diri dan mengenal pasti sikap masing-masing. Dengan mengetahui setiap perbezaan dalam diri pasangan, setiap pihak akan berusaha untuk memahami pasangan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan perbalahan dan ketidaksefahaman.
“Ini dapat dilihat melalui suami yang tidak menyukai tindakan isteri yang bergiat aktif dalam menjalankan perniagaan jualan langsung, sedangkan isteri berhasrat untuk menambah pendapatan keluarga melalui cara ini. Suami menunjukkan reaksi negatif seperti bermasam muka dan marah akan menyebabkan isteri berasa kecewa dan tertekan. Tidak ada salahnya jika suami benar-benar mengambil langkah memahami isteri yang mempunyai minat berniaga dan memandangkan dari sudut positif.
“Begitu juga dengan sikap isteri yang ringan tulang, berbeza suami yang hanya mengambil ringan hingga kadang kala langsung tidak mengambil peduli mengenai kebersihan. Mungkin ada yang beranggapan ia sebagai satu perkara remeh, namun isu kecil inilah menyumbang kepada pergaduhan besar. Jika suami cuba mengambil inisiatif dengan membantu isteri membuat kerja rumah atau jika enggan membantu, tidak salah kiranya anda meringankan beban tugas isteri dengan tidak menyelerakkan rumah.
“Sikap faham memahami dan saling bertolakansur amat penting dalam sebuah ikatan suami isteri. Tanpa ciri penting ini, sudah pasti ikatan perkahwinan akan mudah goyah kerana hubungan dibelenggu kemarahan dan rasa tidak puas hati.
Kawal sikap ego
- Rosnizan Mat Jusoh
“Membina persefahaman antara suami dan isteri memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. Sama ada lelaki mahupun wanita, masingmasing mempunyai sifat ego dalam diri. Sifat ego itu andai dibiarkan dan tidak dikawal, maka sukar bagi kedua-dua pasangan untuk berkompromi. Ketika bercinta, mungkin kedua-dua pasangan mempunyai pemikiran yang sama. Mereka samasama membina impian rumah tangga untuk berjaya dan melahirkan anak-anak yang gemilang.
“Walau bagaimanapun, ketika di pertengahan usia perkahwinan pasangan mula mencari dan belajar memahami pasangannya. Mungkin juga dalam keadaan mereka membina impian, salah seorang daripadanya tercicir dan berada jauh terkebelakang. Mungkin juga, sama ada suami atau isteri yang berubah taraf pemikirannya sama ada dari segi sosial, kedudukan kewangan mahupun pendidikan menjadi ego dengan kelebihan yang mereka miliki.
“Maka sebab itulah, disarankan agar pasangan suami isteri belajar untuk memahami keperluan dan kehendak pasangan. Janganlah disebabkan kejayaan yang dikecap oleh suami atau isteri menyebabkan mereka merasa diri semakin hebat dan boleh membuat keputusan veto. Ada kalanya pandangan pasangan anda juga bermakna dan boleh diguna pakai dengan sebaik-baiknya,
“Seorang isteri pula perlu belajar untuk mengambil hati pasangan. Jangan mengambil kesempatan dengan kelebihan yang dimiliki oleh pasangannya. Katakan suaminya berjaya dan cemerlang dalam soal kedudukan kewangannya. Maka dia boleh menggaji sebanyak mana orang untuk membantu isterinya. Sebagai isteri, jangan ambil kesempatan dengan menyerahkan setiap tugasan kepada pembantu rumah termasuklah soal menyediakan makan minum suami.
Hal-hal begini kadangkala dianggap remeh tetapi suami tetap memerlukan sentuhan isteri untuk membina kasih terhadap pasangannya.

|