bagus jugak ye cadangan kak yati soh sambung blaja, kena pikirkan balik nih.kalo dapat sambung sepenuh masa lagi seronok.kalo part time nanti takut tak tekejar dgn belajar, keje sek dgn anak2.aku rasa mood lebih seronok bila tepandangkan kasut baru yg dirasmikan minggu nih, boleh gitu?walaupun belasan ringgit, tapi bila tepandang kan kasut di kakiku itu,mood aku jadi lebih baik hehe (sila jgn bandingkan kaki ku dgn kaki cik di bawah)....layan la entry org berjiwa kaco hahaha...
Tuesday, June 30, 2009
bagus jugak ye cadangan kak yati soh sambung blaja, kena pikirkan balik nih.kalo dapat sambung sepenuh masa lagi seronok.kalo part time nanti takut tak tekejar dgn belajar, keje sek dgn anak2.aku rasa mood lebih seronok bila tepandangkan kasut baru yg dirasmikan minggu nih, boleh gitu?walaupun belasan ringgit, tapi bila tepandang kan kasut di kakiku itu,mood aku jadi lebih baik hehe (sila jgn bandingkan kaki ku dgn kaki cik di bawah)....layan la entry org berjiwa kaco hahaha...
Monday, June 29, 2009
mai penang
6 mei 09 (sabtu)
pewot dah penuh, kalo ikutkan ati aku, mau ajer aku tarik selimut.tapi kitaorg tak sempat nak pekena char kutiew ma.. pastu teruskan pg beli asam asaman tuk bwk balik.petang bertolak balik kulim.berjumpa dgn paksu aku kejap kat kedai makan (makan lagi...) pekena roti jala dgn kuah kari ayam.bessssssss. bertolak balik malam terus singgah tido di taiping umah mak sedara aku.esoknya lepas makan pagi dan tengahari ,terus chalo bethe...........pendek kata percutian kali ni asik makan makan makan....panjang kata aper??
*mekasih pada gambar2 hiasan
Sunday, June 28, 2009
entry pagi..
“Memang pelanggan biasanya datang pada waktu makan tengah hari dan sekitar jam 5 petang. Kebanyakan mereka datang memakai pakaian kemas kerana baru pulang daripada kerja,” kata Mala, 19, pelayan di sebuah kedai syahwat yang dikesan Metro Ahad di bandar raya ini.“Saya juga suka memilih pelanggan berkahwin kerana mereka lebih ‘pandai’ melayan saya dan tidak kedekut memberi tip,” katanya.Wartawan mengesan kewujudan kedai syahwat itu selepas diberitahu oleh seorang pengunjung tetapnya yang hanya mahu dikenali sebagai Mahadi.
Menurut lelaki yang berusia 33 tahun dan berkahwin itu, ada sekurang-kurangnya tiga kedai syahwat di sekitar bandar raya ini, namun hanya satu yang biasa dikunjunginya.
“Bukan semua orang boleh masuk (ke kedai syahwat) kerana pintu hanya dibuka jika wajah pelanggan dikenali,” katanya.Mahadi berkata, konsep kedai syahwat itu memang ‘caca merba’ kerana di dalamnya ada bar, mesin judi, sofa dan meja.“Jika datang ke situ kita hanya perlu pesan minuman. Kemudian muncullah wanita berpakaian seksi untuk melayan kita.
“Pelayannya pula bukan seperti GRO (pelayan pelanggan di pusat karaoke) kerana mereka sedaya upaya mahu mengadakan hubungan seks dengan kita.“Jika sekadar ‘ringan-ringan’, mereka tidak mendapat komisen daripada ibu ayam yang menetapkan kadar bayaran untuk hubungan seks. Jika pelanggan baik hati, dapatlah tip,” katanya.Bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu, wartawan Metro Ahad dibawa Mahadi ke kedai syahwat yang biasa dikunjunginya.
Sebaik tiba di lokasi, wartawan Metro Ahad cuba masuk tanpa ditemani Mahadi, namun pintu tidak dibuka. Selepas Mahadi muncul, baru pintu yang dilengkapi kamera litar tertutup, dibuka secara automatik.
Sebaik masuk, kami disambut seorang wanita lanjut usia yang dipanggil ‘mummy’ oleh Mahadi. Kedai itu dibahagi kepada tiga ruang utama iaitu ruang tengah, kiri dan kanan.Ruang tengah menempatkan bar dan beberapa mesin judi dengan lampu suram, manakala ruang kiri adalah tempat untuk pelayan wanita melayan pelanggan sebelum dibawa ke ruang kanan untuk mengadakan hubungan seks.Ruang kiri dan kanan disediakan tanpa lampu dan perlukan lampu suluh untuk ke ruang berkenaan.Mahadi berkata, dengan hanya menggunakan sofa yang tempat sandarnya tinggi, di situlah hubungan seks dilakukan.
“Pelanggan lain tak nampak apa yang kita buat sebab tempatnya gelap.“Ruangan itu boleh memuatkan empat pasangan pada satu-satu masa. Jika penuh, pelanggan perlu menunggu,” katanya.Selepas memesan minuman dan duduk di ruang sebelah kiri, dua wanita datang melayan kami iaitu Mala dan Rita. Tanpa berselindung, mereka menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM110.Mala yang berasal dari Indonesia memberitahu, dia sememangnya ditugaskan menggoda pelanggan supaya bersetuju mengadakan hubungan seks.
“Kami bukan seperti GRO. Jika sekadar datang untuk minum, lebih baik tidak payah datang.
“Kami mahu pelanggan yang menerima tawaran kami kerana daripada perkhidmatan itu baru kami mendapat wang. Jika tidak, kami sekadar mampu meminta tip yang biasanya diberi dalam jumlah kecil,” katanya.Menurut Mala, sepanjang tiga tahun bekerja dia melayan pelbagai jenis pelanggan, termasuk golongan profesional berjawatan eksekutif dan jurutera.
Rita pula memberitahu, pelanggan yang datang bukan sekadar memuaskan nafsu di kedai syahwat, malah ada yang sanggup mengeluarkan duit lebih untuk membawanya keluar ke tempat lain.“Kami dibayar hingga RM250 untuk langganan satu malam. Itu kelebihan bekerja di sini,” katanya.Pemantauan wartawan Metro Ahad di dalam kedai syahwat itu mendapati ada sekurang-kurangnya lima pelanggan di dalamnya, ada yang memadu asmara dan bermain mesin judi. Pelayan yang sedia memberi khidmat seks pula seramai lima orang dan semuanya warga Indonesia
ni bukan entry emosi,tidak.. cuma pepagi lagi dah dihidangkan berita begini hati isteri mana tidak tersentuh..yg sering terjadi bila berlaku penceraian, si isteri lah yg sering dipersalahkan.tidak pandai memasak dan mengemasla, pemalas, tak tau jaga anak, tak pandai jaga badan dan sebagainya walhal kaum isteri la sering menjadi mangsa keadaan.jikalau si suami mengetahui yg perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang besar dari Allah SWT mungkin perkara begini tidak berlaku sewenangnya.perkahwinan bukanla hanya untuk nafsu semata tapi merupakan 1 tanggungjawab yg berat tuk digalas.
diharapkan, sang suami menghargai para isteri yg setia menanti suami di rumah dan menghargai pengorbanan isteri yg mengandung dan melahirkan zuriatnya.diharapkan suami tidak menyalahgunakan kepercayaan yg diberikan oleh isteri.manusia mana yg tidak melakukan kesilapan tetapi sebagai seorang isteri, kami telah berusaha melakukan yg terbaik .semoga rumahtangga kita semua dilindungi oleh Allah..amin
Friday, June 26, 2009
hari ini....
ingatkan takde parents yg datang, tapi mujurla ada jugak yg masih mengambil berat pasal anak2 mereka. seingat aku la kebanyakan pelajar kelas ni mmg cemerlang 8E, siap depa sengih2 bangga lagi depan mak pak depa.ada sorang uncle ni mmg aku salute la, bagi keizinan pada ckg2 lagi tuk menempeleng anaknya kalo anaknya terkureng ajar..aku mampu tersenyum aje..dgn saiz badan diorg yg besar itu , membuatkan aku terpikir, sape yg bakal dilempang?aku ker dia? teringat kes diorg menolak ckg kelas mereka yg sarat mengandung.takmo la plak lepas ni depa dok tolak ckg muncit yg tak mengandung ittew ;p ada sorang parent tu tanyakan kat aku kat mane kelas anak dia.bila aku tanya kelas mana, dia jwb 3A16.cek punye cek rupanya kelas 3A13.tak dapek la dan takmo la aku nak membayangkan kalo ada kelas sampai ke 16.harap simpang la.tapi mana tau semakin lama pelajar smkn ramai kan?kan?
sorang budak ni plak dok tanya " ckg, skrg pukul brp? 10.30 kenapa? aku jawab.yeye..bagusla mak saya dah pegi meniaga.punyela dia seronok sbb mak dia tak dtg.ada plak yg mak dia dok tanya aku pasal anak, si anak plak yg menyampuk2.hm...ape da bdk zaman sekarang?bnyk ckg kata kelas ni patut takde sbb bdk2nya mmg takde ati langsung nak blaja.dtg sek untuk bersuka ria ala2 "yam pui" (betul ker eja cmni?) ckg yg tak pasal2 jadi baby sitter taska kepada kanak2 yg sungguh comel ittew.sekian
Thursday, June 25, 2009
salam takziah...
arwah ni meniaga kuih muih sebelah dgn mak pak aku meniaga kiranya aku membesar didepan matanya.beliau baik dan rajin orgnya.dlm bln 2 baru ni disahkan kanser usus.aku tak pasan pun sehinggala lepas operatin pertama, beliau kelihatan sangat kurus tapi masih lagi ngangkut kuih dan meniaga.bln 3 dimasukkan lagi ke hosp. utk operation yg kedua, doktor telah membantu dengan sedaya upaya tetapi gagal.time ni arwah dah tak boleh mkn dan minum,cuma air jer dimasukkan melalui tiub.sebak bila mendengarkan isterinya bercerita bahawa arwah dah bertanya bila boleh makan dan minum.lebih sebak bila arwah berkata bahawa jodoh mereka hanya setakat ini sahaja.tepikirkan bagaimanalah jika aku berada ditempatnya...
semasa anaknya berkawin dalam bln 4, beliau dgn berkerusi roda dibenarkan oleh pihak hospital utk keluar bbrp jam melihat anaknya menikah dan bersanding.doktor telah memberikan masa 3 bln pada arwah, tetapi kita hanya merancang...bln 5 telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital.waktu ini arwah sgt kurus dan tulang telah kelihatan kerana tidak makan dan minum lebih kurang 4 bln.arwah kelihatan sgt tidak bertenaga dan muntah darah beberapa kali.ketika menziarah jenazah beliau tadi, isterinya memberitahu smlm arwah ada menyebut2 teringinkan teh ais dan dapatlah merasa setitik dua.teringat aku time2 meniaga dulu, ari2 arwah beli teh ais. lagi, arwah ada memberitahu isterinya Allah dah memanggil beliau.isterinya juga memberitahu esok genapla 3 bln tarikh yg dijangka oleh doktor melalui pengalaman2 sebelum ini...Al fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin...
beberapa bulan ni mmg aku selalu terkenangkan nasib arwah semasa sakit.banyak iktibar yg boleh aku dapat darinya.aku juga sgt bersimpati dgn nasib kedua2 rakan sekolah ku yg juga menghidapi kanser walaupun masih muda.semoga mereka akan cepat sembuh..
hidup kita terlalu pendek untuk dinikmati. harus menikmati dan menghargai hidup ini sebaik mungkin bersama org2 yg tersayang.harus maaf memaafkan org lain.harus bersyukur dgn nikmat Allah dan memandang org lain yg lebih kekurangan dari kita...
Sunday, June 21, 2009
Tuesday, June 16, 2009
gaya zzz....zzz...
"nak bubur, nak bubur" kata si budak Pia sementara menunggu ayahnya balik keje.
"ok, jap yer"balas ibu. sambil tu pia datang bbrp kali menanyakan buburnya sambil pesan kat aku letak telo dalam buburnya.wah anak ibu....
sementara menantikan bubur masak, aku pun ke ruang tamu tuk menengokkan budak2 nih.
.
.
.
.
.
.
.
.
ingatkan dia buat aper.kus semangat aku...
.
.
.
.pastu ibu pun panggil dia......tapi dia leh titon terus kat bwh dan2 tu jugak
Friday, June 12, 2009
ambo hepi.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kartun backkom ni cute tapi salu bernasib malang dek kesengalannya. channel 611 pun ada.layan..
yang sering kita lupa.........
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar..
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan a mala n dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .
Monday, June 8, 2009
sakit..........
kalo xbaek2 jugak pas ni tepaksala i merelakan diri tuk ke klinik gigi.mana tahan, dari belum coti sampai dah nak naik sekolah.tak kan nanti dpn budak pun nak cover skt gigi.nak2 bdk2 comel tu buat hal, mau ada yg jadi hulk ogan nanti huargghhhh.....
Thursday, June 4, 2009
Wednesday, June 3, 2009
bahagianya aku coti sek ni xdapat digambarkan dgn kata2.walaupun kerja sekolah bertimbun2 tapi sekurang2nya dapatla aku ilangkan stress dan rehat dari bdk2 comel di sek itu.ni datang mood baik, aku pun susunla lemari baju pia tu. kuarkan yg dah xmuat ,dapatla masukkan baju adik rayyan jugak.dapatla sekotak baju2 yg xleh pakai.antaranya baju pia yg nih, rasa syahdu jer tgk baju ni, xpuas jer nak pakaikan dia (kena dapat adik pompuan plak ker pas nih?? haha) yg aku perasan banyak baju2 pia kaler pink.aku pun xsemena2 jer minat pink pas bersalinkan dia.nanti ibu simpankan baju2 ni wat kenangan yer pia (leh caya ker).layan jer la entry ptg2 ni ;p
Monday, June 1, 2009
2nd besday pia
aku sebenarnya risau dgn mood budak sorang ni.sejak akhir2 ni asik merajuk, menangis jer kalo tgk org ramai. (sbb aku selalu tgk pilem neng yatimah ker ms pegnen??) ada sekali tu, pg melawat kwn husband dapat baby baru, punyela dia menangis sampai tak nak msk umah.tepaksa la aku dgn ayahnya bergilir2 dokong kat luar.sabo jerla....
tetamu mula datang..