Thursday, June 25, 2009

salam takziah...

2-3 ari ni ati aku dipanggil2 untuk wat post pasal jiran aku yg sedang sakit nih tapi salu ditewaskan oleh perasaan malas yg xsudah2.masa meeting tengahari tadi, pon ber munyik2 menunjukkan panggilan dari mok cik yang menjaga anakku.kecut jugak perut aku, pasal tak penah la dia kol time waktu sek, tepikir pasal bdk2 ni.rupa2 nya pak cik ni btau jiran ku itu sudah meninggal dunia lebih kurg jam 1.40 tadi.

arwah ni meniaga kuih muih sebelah dgn mak pak aku meniaga kiranya aku membesar didepan matanya.beliau baik dan rajin orgnya.dlm bln 2 baru ni disahkan kanser usus.aku tak pasan pun sehinggala lepas operatin pertama, beliau kelihatan sangat kurus tapi masih lagi ngangkut kuih dan meniaga.bln 3 dimasukkan lagi ke hosp. utk operation yg kedua, doktor telah membantu dengan sedaya upaya tetapi gagal.time ni arwah dah tak boleh mkn dan minum,cuma air jer dimasukkan melalui tiub.sebak bila mendengarkan isterinya bercerita bahawa arwah dah bertanya bila boleh makan dan minum.lebih sebak bila arwah berkata bahawa jodoh mereka hanya setakat ini sahaja.tepikirkan bagaimanalah jika aku berada ditempatnya...

semasa anaknya berkawin dalam bln 4, beliau dgn berkerusi roda dibenarkan oleh pihak hospital utk keluar bbrp jam melihat anaknya menikah dan bersanding.doktor telah memberikan masa 3 bln pada arwah, tetapi kita hanya merancang...bln 5 telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital.waktu ini arwah sgt kurus dan tulang telah kelihatan kerana tidak makan dan minum lebih kurang 4 bln.arwah kelihatan sgt tidak bertenaga dan muntah darah beberapa kali.ketika menziarah jenazah beliau tadi, isterinya memberitahu smlm arwah ada menyebut2 teringinkan teh ais dan dapatlah merasa setitik dua.teringat aku time2 meniaga dulu, ari2 arwah beli teh ais. lagi, arwah ada memberitahu isterinya Allah dah memanggil beliau.isterinya juga memberitahu esok genapla 3 bln tarikh yg dijangka oleh doktor melalui pengalaman2 sebelum ini...Al fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin...

beberapa bulan ni mmg aku selalu terkenangkan nasib arwah semasa sakit.banyak iktibar yg boleh aku dapat darinya.aku juga sgt bersimpati dgn nasib kedua2 rakan sekolah ku yg juga menghidapi kanser walaupun masih muda.semoga mereka akan cepat sembuh..

hidup kita terlalu pendek untuk dinikmati. harus menikmati dan menghargai hidup ini sebaik mungkin bersama org2 yg tersayang.harus maaf memaafkan org lain.harus bersyukur dgn nikmat Allah dan memandang org lain yg lebih kekurangan dari kita...