Sunday, May 8, 2011

ibu satu tiada gantinya..

SALAM..

Saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat ibu2 dan bakal ibu di luar sana khasnya buat ibuku yang tercinta..Pn Rabiah Long..bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan ku peluang merasai kasih sayang beliau..satu2nya harta yg tidak ternilai di dunia ini..semoga

* dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan sihatkan tubuh badannya..
* berbahagia dan dipermudahkan segala urusannya..

*Terima kasih kerana mengandungkanku, melahirkanku, menyusukanku, menjaga dan mengasihaniku semenjak dilahirkan sehingga kini.... bekalan makanan sentiasa tersedia hehe..

* maafkan segala dosa dan kesalahanku..terutama semasa remaja, selalu buat mak mengalirkan air mata...teringat lagi kata2 mak 10 thn lalu, pabila saya mengatakan 'mak jgn la risau ye, pandai la saya jaga diri.'..mak saya balas apa tau ' ko belum jadi mak, ko tak rasa' tak sangka cepat betul masa berlalu dan benar apa yg mak katakan, saya sedang merasai apa yg beliau rasai dulu....maafkan saya ye mak..

* masa bujang2 dulu salu ngelat kalo buat keje,sbb tau mak ada.la ni rasala ngemas, masak, membasuh, melipat dan segala2nya kena tanggung sendiri. hak hak padan muka sendirik...tolong eden omak!!

* semoga Allah yg dapat membalas jasa beliau dan ibu2 di luar sana...saya takkan lupa pengorbanan mak dari dulu sampai sekarang....saya doakan agar mak boleh berjalan seperti dulu..semuanya sbb mak berkorban membesarkan saya adik beradik..saya sayang mak...


tak lupa juga kepada ibu mertuaku, Pn Manom Muhammad, terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan suamiku...semoga Allah membalas segala jasa baik ibu ibu semua...amin...