Hiba sgt ati bila mendengar dan melihat video klip ni.rasa pilu..teringat akan dosa2 yg dilakukan kepada ibu bapa.masa, tenaga, keringat dan air mata yg dikorbankan oleh mereka sepanjang usia semata2 untuk membesarkan kita dgn penuh sempurna.tak kan terbalas jasa mereka terhadap kita.semoga Allah sahaja yg dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka itu.lebih2 lagi setelah melalui perit dan getir mengandung, melahirkan dan membesarkan anak, baru la kita akan menghargai dan mengenang akan kesusahan ibu semasa membesarkan kita. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu dan ibu mertua ku..terima kasih atas segalanya dan semoga Allah akan menyembuhkan segala penyakit..amin..tak lupa juga pada kaum2 ibu seluruh malaysia...
3 perkara yg menyebabkan ibu begitu istimewa:
* mengandung
* melahirkan
* menyusukan anak
bak kata ustazah baiyah dalam semanis kurma.
* yg ada hanya 'ibu negeri' tiada bapak negeri
* 'ibu negara' tiada bapak negara
* 'ibu kota' tiada bapak kota
* 'ibu roti 'tiada bapak roti
'betapa istimewanya ibu'
|