Sunday, May 10, 2009

jasa ayah dan ibu

ibu,
kau mengandungkan aku 9 bulan,
kau harungi pelbagai cabaran,
kau bertarung nyawa melahirkan aku,
kau besarkan aku dengan kasih sayang.

Ibu,
ketika aku sakit,
kau la yang paling menderita,
kau tidak tidur menjagaku,
kau sentiasa berada di sisiku.
walau letih kau tidak pernah merungut.

Ayah,
kau membanting tulang,
mencari rezeki membesarkan dan menyekolahkan aku,
kau sabar melayani kerenah ku,
kau setia menghantar dan,
mengambil ku dari sekolah.

Ayah,
walau saat itu kau tidak berduit,
namun kau usahakan,
demi memenuhi keperluanku,
kau sanggup berkorban,
untuk memberikan pelajaran untukku.

Ayah dan ibu,
ketahuilah aku sangat menyayangi kalian,
aku kagum dengan semangat kalian,
walaupun kini kita tidak lagi bersama,
aku tidak pernah melupakanmu,
kalian tetap bertahtka di hatiku,
kalian tetap yang teristimewa............