Thursday, May 22, 2008

Buat suamiku….
terima kasih kerana mengizinkan aku menemani ibu & ayah ku utk menunaikan umrah…jauh disudut hatiku terasa berat hendak meninggalkan 2 beranak yg sgt kusayangi..tetapi memandangkan keadaan nenek pia yg tidak mengizinkan..secara hikmahnya keadaan beliau la yg membuka laluan dan rezeki untukku menjejakkan kakiku ke sana walaupun serasa tidak layak…mekasih kerana bnyk membantuku akhir2 ini memandangkan keadaanku yg agak kelam kabut. (sorila terjiwang la plak,dpn xberani ckp.. heheh..)

Akan aku mendoakan kesejahteraan & kesihatan keluarga kita disana. semoga Allah sudi menerima kedatanganku yg hina ini di sana nanti…doakanla ibu selamat pergi & pulang..

Sori ye, terpaksala ayah,atuk & nenek melayan kerenah budak pia yg semakin mengkades-kades itu hik hik..tatkala ibu berada disana si kecik itu akan menyambut ulangtahunnya yg pertama..so ibu nak menjadi orang yg pertama mengucapkan selamat ulang tahun dan semoga dilimpahi kesihatan yg baik & rezeki serta menjadi anak yg solehah…cayang dia muah….

kenduri doa selamat

Suasana semasa ibu & ayahku mengadakan kenduri doa selamat..pia plak meragam dan merengek sepanjang ari,mungkin keadaannya yg tidak berapa sihat menjadikannya tidak selesa.aku hanya dapat mengambil gambar semasa tetamu belum ramai lagi…

Dapatla aku melepaskan rinduku kepada kawan2ku as, datin & awe yg dtg membawa anak2 mereka yg sungguh comel (ops, tin single lagi) .tq sbb sudi datang tapi sorila xdapat memberikan layanan yg baik..

Dapatla kita bergambar walaupun sebenarnya ibu pia malu nak interprem (berat badan semakin…) tapi dah xpedulik bila dah berjupe dgn kengkawan dan sedara mara…tensen jer bila ritu sedara dan jiran ibuku asik memperkatakan mengenai badanku muehehe….tapi makan tetap tak hengat jugak…

Serahkan pada Yang Di Atas....

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

Wednesday, May 21, 2008

PENJUAL TELUR

Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Tuesday, May 20, 2008

PERANG BESAR JIKA UNGKAPAN CINTA ANDA DITERBALIKKAN..

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Cewek: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:: "Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."

Sila baca dari bawah ke atas.




mekacih banyak2 pada ayah pia kerana sudi membelikan kasut baru tuk ibu...adakah ini hadiah hari ibu? hari guru ? ari wesak ? atau ada udang disebalik batu? hehe...walauapa pun toche k lokong

Monday, May 19, 2008

slmt hari guru

Bintang tujuh sinar berseri,
cahaya cakerawala muncul kemudian,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat dilupa jangan


sambutan hari guru tahun ini disekolah ku,temanya adalah pakaian kebangsaan dalam warna2 bendera..ada kengkawan yg pakai baju kurung, punjabi dan ada yg vouge memakai sari..seronok suasana dipagi itu,aman jer sbb budak xramai...seperti biasa aku dan kengkawan poyo jer berjalan di atas red carpet yg telah disediakan..xkoser aku nak interprem memandangkan badanku yang semakin menggebus ini. walaupun dah terlewat (xsempat memblog), aku nak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru terutamanya kepada guru2 ku dahulu...jasamu akan kukenang....lagi2 setelah merasa pahit maungnya mendidik murid masa kini..teringat kembali zaman sekolah yg menyeronokkan...kalu dapat diputar kembali kan bes cuma malas balik nak menempuh peksa huhu...tingat suatu ketika dulu kawan aku mengingatkan kembali satu peristiwa dimana ckg math begitu marah semasa memberikan markah kertas peperiksaan sambil menyebut tin kosong! tin kosong! aku mmg xseda lgsg bahawa aku la antara yg sedang diperkatakan muehehehe....mitak ampun ckg....bdk2 sekarang ckpla ape2 telinga derang dah kebal malah sempat meloyar buruk lagi.. ;p

amazing art...feathers painting

kreatif n rajinnya dorang....

2 mggu lps kami sekuaga + cik umi n cik farid g uptown kat kota damansara konon2 nak g menjamu mata...cdgnya nak bertolak pkl 9 pm tapi ditangguhkan memandangkan budak pia tu sempat ngerok..so kamiorg betolak dlm 10...besar gak tempat tu cuma ia dibuat di dalam dewan jadi jalannya agak sempit,dahla mengusung stroller pia ke sana kemari..untungla cik farid n cik umi sudi bergilir2 mendukung anak daraku itu..spt biasa mcm magic,kakiku 'ter'melangkah ke kawasan food stallnya..meriah dgn makanan.malu jer, dah la diorg xmakan, ibu dgn ayah pia yg over spt biasa hehehe...pastu baru sibuk gaduh gemuk..cmna nih :p kamiorg xbeli pape pun cuma sempat tangkap bantal..biasala dah makan mesti pikir nak lolap mato kan kan kan...pasni cik umi nak ajak makan char kutiew yg bes kalu ada masa...dun wori mesti ibu pia sentiasa bersedia... :p

Thursday, May 15, 2008

waduh...waduh..

abis gak kursus aku yg bermula smlm dan berakhirnya hari ini...salunya akula paling gumbira kalu dapat kua dari sek tapi yg ni berat tul kaki aku nak melangkah..dek kerana kerajaan tiada bajet (untuk diorg adala...) setiap kusus sekarang dibuat di sek, di dalam bilik yg panas dan penceramahnya tak berhenti2 bercakap dari pagi sehingga petang..xtau bape banyak kali aku sangap dan melentok2 hehe...padahal penceramah yg dijemput bukan calang2 org, beliau adalah seorang guru pakar/ cemerlang kimia.tapi kepala akula agaknya yg mengong & migrain huhu..cmtula perasaan budak sekolah kan ;p.. tapi makanan nya agak bes(part yg aku suka sekali) sampai aku lupa nak snap gamba sik beriani n sik lauknya..sambal belacannya pergh...mabeles la...

Memo kepada semua staff

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT: Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS: Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja.
Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN: Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.

malu sesangat....

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uwaaa..!!!"

Sunday, May 11, 2008

Minggu lps berlangsungnya majlis pertunangan satu2nya anak lelaki mak sedaraku di pantai dalam(bahsa senang,sepupu)..idham ni budaknya pendiam dan baik..so kitaorg excited nak nengok bakal isterinya...hm...mmg macam pinang dibelah dua, tunangnya pun tinggal berdekatan (naik kete dlm 10 minit),azura gadis yg berjaya mencuri atinya (cewah...) mmg la comel dan berseri2 orgnya..aku xdapat nak snap gambar mereka berdua sbb masa tu org punyerla gamai.aku mmg syg n salute pada makcik ku yg seorang ini yg berdikari orgnya walaupun dah berkeseorangan sejak sekian lama...semoga idham dan azura dipanjangkan jodoh..
gambar yg pia dok menyengih tu masa singgah di mid valley dalam setengah jam dek kerana ibu pia cm nak terpengsang..ingatkan nak carik2 mainan tuk dia tapi xjupe yg sesuai.last2 beli penguin tu jek kat pasar malam ehe..

Pernikahan dan Pengkebumian...

Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata mereka.Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.

Bil telefon melambung???
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya

Friday, May 9, 2008



sempatkah akak menghabiskan penandaan kertas2 hikmat ini dalam masa seminggu lebih lagi??? (xtermasuk pi kusus 2 ari ) dan tak termsk lebih kuang 3-4 bungkus lagi yg menanti kuang kuang kuang...

tak seindah rupa...

kawasan sg pusu (jln dalam ke bentong,berdktn UIA) mmg la tenang dan mendamaikan..kawasannya ala2 kampung..terbayang2 kesyahduannya kalu raya menjelma.nampak penduduknya pun cool je mungkin sbb jauh dari kesesakan...tapi syg kami hanya memerhatikan dari dalam kereta dan xsempat mengambil gambar.sempat snap masa singgah makan jer..kedainya mmgla cantik tapi....ibu pia teruja mengorder sik goreng thai yg dikatakan agak pemes,tapi hm...yg pastinya licin gak ;p sib baikla kerang bakar n laici kang nyer bole tahan...

3 remaja bermasalah...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi... Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...

Tuesday, May 6, 2008

malam ni murah tul rejeki ibu & ayah pia sbb cik umi jiran umah ujung sudi memberikan sepinggan mee yg sungguh enak siap ada brokoli gitu.memula tu ayah pia cm surrender,pedas skit katanya, ibu pia dah mula hepi pastu agaknya dia tgk ibu mkn dgn berselera sekali so niat asal td dah dilupakan siap soh gorengkan telo lg,sabo jer la.....tq cik umi dah la smlm bagi lauk masak lemak ikan salai, dap gak ek,i xpenah cuba sebelum ni...

aku mmg peminat citer JJCM ni.suke tol nengok cik maria kita ni menikmati makanan sbb rs sehati sejiwa jer ;p agaknya bilala kak maria nak bersara ek, sbb i cm berminat nk apply huhu...i akan promotekan makanan sebaik mungkin sbb ada gak kengkawan yg kata aku makan aper je nampak cm bes...tapi satu jer i xleh wat,makan sambil membebel sbb aku ni kalu makan mmgla xhengat n xsempat pandang kiri kanan...

Sunday, May 4, 2008

Masa aku ngah ngomeh2 handbag aku yg berisi pelbagai 'harta karun' tuh, aku terjupe dokumen2 nih...membuatkan akak teringat kenangan lalu nan indah...


yang ni ialah semasa aku kena warded 2-3 ari sebelum bersalin kerana tekanan darah yg terlalu tinggi.bak kata org, kalu xpregnant kita sihat walasihat ,tapi waktu pregnant mmg xleh dijangka lagi2 berat badan i yg sihat walafiat tu naik leb 20kg kot huhu... bila dgr doc kata kalu darah i xturun2, kena paksa bersalin, terus akak beristirehat sesungguhnya sbb ngeri u. lagipun i hepi sbb makan kat situ pun sedap2 gak (ada ke yg xsedap aku ni)

Lps 2-3 ari kua dari wad, akak dimasukkan kembali ke hosp...yg ni sbb betul2 nak bersalinkan si budak pia nih.rasa cm baru jer berlaku.masih segar di ingatan ku...

Friday, May 2, 2008

IF IM RICH....

MY LAPTOP WITH DIAMOND EDGING AND HAS Intel Pentium IX WITH RAM 30 Gigabite .

MY TRAVELLING CAR

MY HOLIDAY HOUSE

IF I HAVE TIME, I WILL PLAY GOLF ON THE BOAT

MY SECURITY FOR 24 HOURS

TOILET PAPER

MY SWIMMING POOL CAN ONLY FILL IN WITH EXPENSIVE PERFUME

ONLY A PROFESSIONAL CAN WASH MY CAR WHICH WAS GOLD PLATED

I WILL BUY MOONLIGHT

My bedroom will have a window which can look for the world

MY PET WITH THE DIAMOND TEETH


MY PRETTY SERVANT ALWAYS READY

MY GLASS MADE ONLY BY ORIGINAL DIAMOND

OK, ENOUGH OF DREAMING!!!
GET BACK TO WORK NOW! :p

Thursday, May 1, 2008

lagi aktiviti mggu lps...

tsunami melanda ;p...... ayah pia tgh dilanda kerajinan aritu..mimpi aper agaknyer mlm tu ek hehe..(gambar tepaksa digelapkan sbb nk cover gupe kipas tuh)

Setelah selesai kerja2 pembersihan, ayah pia menyatakan keinginannya tuk mengambil angin di tempat lama kami belajar di serdang n bangi .sebelum sempat sampai ke destinasi yg dituju , kami 'tersinggah' di pasaraya 'manjaku' area Bangi.sedar xsedar adala dlm setengah jam kek sinun dek kerana tempatnya yg menarik.Si budak Pia ni pun hepi meng'test' pelbagai barangan.

Ibu pia tersangatla berkenan kat benda alah ni..pia pun nampak hepi n relax jer lepak dalam tuh siap nangis lagi bila ayah dia dukung kelua. nampak jer simple cmni tapi nengok hagenya mencecah rm500 leb.. gilo apo...makan lg bes...jadik kitaorg bagi can pia naik lama skit la :p

pia try test stroller (berkenan kaler biru nih, hage dlm 3 leb)

yg gelongsor ni lak lebih kuang seribu xsilap.xpe nak..kita posing je kek sini



apa lagi...aktiviti kesukaan i..char kutiew bersama tembikai laici nyam nyam...

sbb kua umah pun dah ptg maka xsempat pun pg upm.jalan kat ukm pun sekejap jer tapi sempatla posing gak kui kui..