Thursday, May 22, 2008

Buat suamiku….
terima kasih kerana mengizinkan aku menemani ibu & ayah ku utk menunaikan umrah…jauh disudut hatiku terasa berat hendak meninggalkan 2 beranak yg sgt kusayangi..tetapi memandangkan keadaan nenek pia yg tidak mengizinkan..secara hikmahnya keadaan beliau la yg membuka laluan dan rezeki untukku menjejakkan kakiku ke sana walaupun serasa tidak layak…mekasih kerana bnyk membantuku akhir2 ini memandangkan keadaanku yg agak kelam kabut. (sorila terjiwang la plak,dpn xberani ckp.. heheh..)

Akan aku mendoakan kesejahteraan & kesihatan keluarga kita disana. semoga Allah sudi menerima kedatanganku yg hina ini di sana nanti…doakanla ibu selamat pergi & pulang..

Sori ye, terpaksala ayah,atuk & nenek melayan kerenah budak pia yg semakin mengkades-kades itu hik hik..tatkala ibu berada disana si kecik itu akan menyambut ulangtahunnya yg pertama..so ibu nak menjadi orang yg pertama mengucapkan selamat ulang tahun dan semoga dilimpahi kesihatan yg baik & rezeki serta menjadi anak yg solehah…cayang dia muah….