Monday, August 24, 2009

takziah...

21 Ogos 2009 (jumaat)

bercadang nak balik besahur dan berbuka pose di muar selepas blk semayang terawih.sambil kemas2 barang , aku dapat panggilan tepon dari sepupu yg mengatakan mak sedaraku, ,mak ndak masuk HUKM, kerana masalah buah pinggang (time tu lebih kurang 11 mlm).otw balik muar, ati dah mula rasa tak sedap...

22 Ogos 2009 (sabtu)

seawal jam 7 pagi, aku terima panggilan dari mak yg mengatakan beliau sudah kembali ke rahmatullah..aku jadi terpana seketika...blur...sedih...teringat kali terakhir semasa berjumpa arwah adalah 2minggu lepas di kenduri kawen sepupuku..arwah tak silap aku , dlm 40 an..bbrapa thn mengidap sakit buah pinggang tapi mmg tak nampak kesakitan dari air mukanya.mukanya sentiasa manis dan tenang...tak banyak bercakap.patutla rangkulan dan ciuman kali itu lebih erat..pandangannya pun lain dan mmg aku terasa keganjilannya, tapi tak sangka la itu pelukan yg terakhir...kalo tau, mmg nak peluk lama2..

rasa insaf dgn kejadian yg Allah tentukan.begitu dipermudahkan si arwah ini...sbg pesakit buah pinggang, spt biasa buat dialisis tu menjadi kemestian 3 kali seminggu..dan dialisis terakhir tu, kata sepupu aku, tangan dah smp lebam2 sbb dicucuk.tu yg tebuk kat leher (bab ni aku kureng paham...) balik keje, suaminya (pak sedara) nampak arwah dah macam tak bermaya..ambulans dtg dan hantar arwah ke hospital (tu yg mlm aku dapat kol)..dan meninggal dunia di pagi 1 ramadhan...urusan menyelesaikan arwah dari mandi, kapan dan sembahyang dilakukan di surau cheras (rumah sepupu) kerana dkt dgn HUKM dan lg satu memandangkan rumah arwah flet betingkat 16.pkl 12 bertolak ke melaka (jasin) utk disemadikan (rumah mak arwah).

aku yg berada di muar ketika itu menjangkakan van jenazah akan sampai lebih kurang pkl 2.30 ke 3.tapi jangkaan kami silap, sbb van dah smp lebih krg 2 ptg (jln sgt clear) dan selamat disemadikan jam 2.30 ptg.kami bertolak pun agak lambat dari muar sbb jangkaan tadi.nak dijadikan citer, pastu kami sesat tak jumpa2 tempat yg diberitahu.rasanya dlm sejam lebih jugak berpusing2 kat tmpt yg sama padahal dh dkt2 jer tmpt tu.mmg dah tertulis yg aku takde rezeki tuk berjumpa dgn arwah buat kali terakhir..rasa ralat jugak...

hati aku rasa sedih sgt melihatkan anak tunggal arwah (anak angkat yg dibela sejak lahir) yg baru saja menduduki peperiksaan trial pmr.terpikir aku cmne anaknya nak menghadapi pose, raya dan peperiksaan PMR tanpa ibu disisi...walaupun lelaki, nampak air mukanya seakan tahan nk menangis setiap kali tetamu mengucapkan takziah... beliau mmg manja dgn arwah..

teringat aku kepada arwah mak sedara (kakak mak) yg meninggal dunia 2002 (time tu aku baru start keje).kehidupannya agak menyediahkan...dan dia meninggal dunia begitu mudah, tanpa menyusahkan org lain, tanpa org disisi...dan sampai ke saat ni aku rasa menyesal sbb tak memeluk dia sebelum balik dari hospital..esoknya arwah dah koma dan meninggal dunia, tak bbrp lama lepas mak abah aku menapak kuar dari hosp (time tu anak lelaki dia pg makan).takde sakit kronik, cuma dr sahkan arwah meninggal sbb banyak mkn ubat2an yg dijual ditepi jalan.beliau meninggal dunia genap setahun selepas pemergian anak lelakinya dan selepas itu disusuli oleh anak menantunya...semoga mereka semua ditempatkan dikalangan org2 beriman...amin..al fatihah