Thursday, July 2, 2009

madu lebah

salu jugak org masuk ke sekolah jual madu lebah asli dalam botol, tapi aku belum penah beli.penah la beli yg kat pasaraya jer (dah tentu tak asli kan ;p) tapi rini aku nampak cikgu cikgi dgn bdk2 dok tetonggek2 menengokkan sesuatu.nampak cm menarik jer, tak leh jadi ni. aku yg 'caring' ni pun sibuk la menjenguk.

rupenya sorang pokcik ni dok bawak beldi yg dalam tu berisi madu asli siap dlm tu ada sarang dgn lebah dok melekat lagi.aku ala2 gayat tak penah tgk menda alah tu.nampak cm menarik jugak la.aku pun order la sebotol.pastu ramai la kengkawan mengerumuni pok cik tu dan mengorder seberapa banyak dengan niat suci agar wajah kami yg sedang menyinga di dalam kelas tetap dipandang manis ala2 madu gitu...auw..


lebih kurang beginila menda alah dlm beldi tu tadi
mekacih pada gambar hiasan

pandai jugak pokcik ni 'mengetest market' hehe...siap btau lagi dok amik madu lebah ni pkl 4 pagi tadi,siap kena sengat lagi.Uik..aku dok sedap titon ni time tu.adala kengkawan yg dok melawak "beli madu bole tapi takmo bermadu". 'kalo dah nak bermadu nak buat macam mana " eh eh ...menjawab plak pok cik ni.dasar lelaki hehehe..........laju je jwb.bagus sebenarnya kalo amalkan madu ni tapi aku biasala, ada tahap kerajinan dan kemalasan nya.okla jom kongsi tips yang aku dapat cmne nak mengenalpasti madu asli /tiruan
  • Rasa madu lebah asli adalah sedikit menyengat (selepas minum terasa macam gatal ditekak dan rasa nak berdehem). Madu palsu pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  • Mempunyai bau wangi aroma yang menyengat (bau madu asli sangat unik…kalau hidu secara terus, baunya naik ke otak dan kita jadi agak pening2 lalat)
  • Warna madu asli adalah sekata (Warnanya sama saja dari atas hingga dasar botol…tidak berbelang, atas warna lain bawah warna lain)
  • Madu asli dalam botol ada seperti gegelang buih dibahagian paling atas permukaan madu.