Sunday, April 19, 2009

kisah malam jumaat

Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.
Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.


CERITA SEORANG GADIS

Di sebuah mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu di tengah kerumunan orang.KLINGG!! Duit RM1 demasukkan dan mesin komputer pun menjawab:"47kg
Gadis kedua pula mencuba. "52 kg! komputer itu membertahu.
Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel, cuba menimbang dirinya di mesin itu. KLLIINNNNGGGG!!! duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata, "Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!" (Ha....yg ni sah perli aku..oit,apsal lak aku yg terasa ni hehe...)